Friday, June 21, 2013

Kecewa toi

Sebagai tanda menghargai awal semester.
Yakni di saat masih tiada assignment, praktikum, berjimba dengan duit elaun dan amali masakan.
Makanya aku.
Meneruskan ketagihanku, keghairahanku dan kecenderunganku...
menonton Movie. Ya, movie.

Bermula 19 Julai 2013 lepas, aku mula tonton American Mary, Writchwreck, The Illusionist, Pingu, Brave, Runaway Cop, Rise of the Guardian, dan terbaru 15 minit lepas, Oz The Great and The Powerful. 
Jujurnya aku terlepas Oz: ini di wayang. Kerana ditontonkan pada musim peperiksaan. Sayu bangat hati aku.
James Franco kot! James Franco woi! Jadi aku terus mencari dan mencari movie ini dalam HD supaya aku mendapat kepuasan maksimum dalam melihat buah hati aku ini beraksi.
Review mengatakan cerita ini hampeh. 3 bintang. Tapi aku tetap berdegil. James Franco kot! Cintaku yang mendalam pada James Franco membuatkan aku buta dan tak mahu mendengar kata-kata orang.
Akhirnya, aku kecewa tadi. Hingga aku tertidur ketika menonton cerita itu pada minit yang 45.
Aku kecewa dengan kau James Franco. Cerita yang dibintangimu itu macam tahi. Dan membazir masaku. zzz..


No comments: