Tuesday, February 19, 2013

Facebook adalah medium yang kuat perli


Contoh: Hari ni kau buat satu kesalahan besar, dan kena marah dengan lecturer.

Kat Fb:
* Status "Guru ibarat lilin yang membakar diri.." "Tak berkat kalau melawan cakap guru.."
* Orang shared gambar cikgu kena troll dengan anak murid.
* Rupanya harini besday cikgu/lecturer kau.

Serius sakit hati kalau benda macam ni jadi. Tapi memang hakikat. Apa-apa kesalahan yang kita dah buat dan ada rasa penyesalan, dalam masa yang sama, mesti ada je benda-benda kat sekeliling related dengan apa yang kita dah buat tu. Macam paham-paham je. Mula la perli-perli elok je macam kena kat batang idung. Rasa cam nak bakar fb. Hahahaha

Btw, mungkin itu perasaan kita je, kebetulan, atau satu petunjuk. Walllahualam...


Monday, February 18, 2013

Ohh

"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, lelaki yang tidak baik untuk perempuan yang tidak baik. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, perempuan yang tidak baik untuk lelaki yang tidak baik"


Mana yang lebih menakutkan...

Mendapat lelaki/perempuan yang tidak baik atau;
Menjadi lelaki/perempuan yang tidak baik ?

D.U.I.T


Dunia ini jangan hairan kalau duit itu berharganya sama taraf seperti air.
Mudah dibelanjakan itu memanglah. Tapi bukan itu maksud aku.

Seperti air kerana ia bukan lagi kehendak, tapi keperluan.
Dicari gali, korek, tebuk, sedut, pam, dikumpul walau setiap pelosok lubang.
Andai musnah segala benda di sekelilingnya pun tak apa.
Asalkan dapat puaskan dahaga.

Aku bukan cakap pasal air. 
Aku maksudkan duit.


Saturday, February 16, 2013

:'(


Kalau dah buat dosa besar,
Allah ampunkan tak?

Menangis tiap malam pun tak guna.
Taubat pun masih rasa diri kotor.
Ya Allah... :'(

Balik

Alhamdulillah.. 7.30pm tadi selamat sampai ke bumi perlis.
Menaiki kembara abah.. Diulang. Kembara abah.
Jujurnya, benar-benar aku bersyukur. Selamat sampai. Allahuakbar.

Nak bawak kereta ni macam-macam dugaan.
Rosak, abah repair ribu-riban.
Nak mintak tu ketar-ketar nak cakap ngan abah. Serba salah.
Malu nak mintak. Tapi nak pakai.

Dah lulus, kena la ambik hati abah. Dengar je la sembang dia.
Kena dengar lagi sekali 'ceramah memandu' dari En Abah.
Abah ajar pakai jack, check mnyk hitam, air,
yop ajar pam angin. Abah siap ajar cara nak bukak air-cond. =.="

Mak pulak banyak support dari belakang.
Nasihat. Siap bagi cara nak susun ayat baik punye kat abah. haha
Bila dah bawak kereta ni fikir macam-macam.
Safety, DUIT, masa, service. Aduss..
Ade susah, xde pun susah. 
So, dengar la ckp mak abah, guna bila perlu je. 

Nak balik pulak tiba-tiba xde kawan nak teman.
Aku boleh je balik sorang. Fikir kereta xelok and tak nak mak abah risau je.
Bila mintak tolong orang, orang tak tolong kita, rasa sunyi dunia ni.
Betulla, susah senang kita. Family la tempatnya.. bukan kawan. serius.
Maka celakalah orang-orang yang membuang keluarganya.

Allah itu Maha Pengasih. Ada je cara nak tolong hambaNya ni. Semua selesai.
Alhamdulillah... selamat. Mak abah orang pertama yang aku inform. Bukan pakwe. Nonono
Bersyukurlah. Aku ada Allah, mak abah, keluarga dan mereka yang menyayangiku susah senang. :)