Wednesday, May 22, 2013

Klau gwa ada anak la kan....

Gwa kalau ada anak nanti.
Hantar diorang pergi sekolah agama.
Dapat setahun dua tahun kat sana pun cukup la.
Gwa nak paksa jugak.
Kalau lepas tu diorang nak lari dari sekolah pun lantaklah.
Janji dah sekolah agama.

Kurang-kurang nanti diorang takdelah jahil macam gwa.


Saturday, May 18, 2013

I loike yaw

Gwa suka Adam Adli sebab muka dia macam Ikram Dinzly.
Gwa suka Ikram Dinzly sebab muka dia macam Mike Shinoda. 

Gwa suka James Franco sebab takde siapa-siapa muka macam dia. Ouchh..
Nampak tak permainan tu?




Letih

Letih sangat. Letih. Ya Letih.

Bila solat, habis bagi salam, terus kepala ni fikir. Allah terima ke solat aku hamba yang hina ni?
Letih.
Bila drive atas jalan raya, fikir kalaulah ada kereta langgar aku, aku mati. Apa aku nak jawab dosa-dosa aku dalam kubur nanti?
Letih.
Bila hari Jumaat, tertinggal solat subuh, tertinggal Al-Mathurat. Fikir, kalaulah tadi kiamat, kat padang masyar Allah tayangkan dekat semua orang apa yang aku dah buat kat dunia ni.
Letih.
Bila telefon mak abah, terfikirkan betapa tak sempurnanya aku sebagai anak mereka, padahal di mata mereka aku ini betul-betul anak yang lengkap.
Letih.
Bila isu-isu sosial jadi topik perbualan. Sekadar mengenang apa nak jadi dengan anak muda sekarang. Fikir, aku ini apa kurangnya? Sama juga.
Letih.
Letih bila mengajar anak bangsa jadi baik, jadi yang terbaik serba-serbi dunia akhirat. Padahal guru yang bercakap sendiri pun haprak!

Letih mengenangkan dosa. Tak habis-habis. Allah...


Wednesday, May 15, 2013

Remaja Millenium xoxo

Di musim exam ni terasa diriku begitu normal. hamboi

Saya..
Aku..
Ambo..
Den..
Kiter..
Teman..
Ceq..

Emm emm..

Aku rajin online facebook.
Makan tapau.
Main game.
Tengok movie.
Dengar/download mp3.
Camwhore dpn cermin. ;)
Picit whitehead.
Makan cokelat.
Golek-golek atas katil.
Pakai maskara.
Texting. (okey tipu)
Makan pelam sambil bergosip.
Baca buku.

Sekian..
Tu aktiviti gegurl kan? 
Teenage. Kan?
Macam tu kan?

Aku dah lulus jadi teenage millenium abad ini kan?
yeahh.


Thursday, May 9, 2013

Mohon Butthurt


Keep silent and sit behind are the best way to make you safe, clean and can't be blamed. In addition, you look like a coward, easily fooled and pathetic. See? You got full packages.


Wednesday, May 8, 2013

We can't see bcoz we don't want to see

Sebagai keorang keyboard warrior, pernah tak anda baca komen seperti ini?




Akak, brader, are u sure??? Adakah anda fikir orang cina ni cuma tahu cari duit. Bukak fb cuma untuk 'like' artis k-pop. Orang cina ni cuma sembang pasal nak makan besar masa CNY. Itu je kerja diorang? Sure??? 

Hell no..















Puas hati? Malay, make some friends with these chinese. Kadang-kadang mereka nampak tak ambil kisah sebab kita melayu tak mahu bercakap dengan diorang pun. sometimes pulak, chinese tak faham bahasa kita. sebab kita guna slanga, double meaning, short form etc and perkataan-perkataan lain yang diorang tak selalu guna. Bukan bermaksud diorang tak ambil tahu. Kalau tengok masa PRU13, BERSIH, diorang ni yang turun padang lebih dari orang melayu yakni kaum majoriti di Malaysia!

Last but not least:





Monday, May 6, 2013

I cant believe i wrote this shit

Assalamualaikum. Salam pascaPRU-13.
Hajat nak tulis sebelum PRU, tapi biasalah, sifat menangguh-nangguh kerja tu memang sifat Melayu. Jadi, orang sudah memecut ke depan, saya ni cuma asap hitamnya lah. Tertinggal belakang.

Ok.

Sebelum PRU13, saya ada satu penyesalan yang bukan salah siapa-siapa. Cuma salah saya. Saya tidak daftar mengundi. Saya ambil berat, jujurnya cuma lebih omong mulut dari tindakan kakitangan. Jujurnya, saya malu. Sebagai mereka yang layak mengundi, yakni pengundi termuda yang lahir pada tahun 1991, saya telah sia-siakan peluang ini. Sebab itu saya bertindak diamkan diri, tapi tak bermakna mata dan telinga saya diam. Cuma mulut.

Saya berada di perlis, seperti yang kita tahu rakyat perlis ini azalinya BN. Mereka sukar diubah. Dan saya lihat penglibatan anak muda di sini kurang, mereka sendiri keluar dari perlis, tinggal tua-tua sahaja. Jadi saya lihat di sini keterbukaan politiknya kurang, hanya diwarisi dari keluarga dan sahabat handai sahaja. Saya hanya melayari fb dan membaca sedikit akhbar serta bersembang kedai kopi sahajalah tentang politik. Saya kira, tahun ini amat ajaib. Ajaibnya bukan pada dasar berpolitik, tapi dasar berani bersuara, hak bersuara yang kita laung-laungkan. Kita sudah dapat. Saya masih ingat dulu-dulu, siapa yang berani mengaku dirinya penyokong PAS? Hanya mereka yang benar-benar tegar sahaja mampu mengebar bendera PAS. Dulu abang saya ada simpan bendera PAS, buat tutup-tutup stor. Abah marah, "kamu ape gantung-gantung bendera tu, karang orang nampak kena tangkap." Sampai begitu sekali takutnya kita walaupun saya tahu abah juga penyokong PAS. Dulu di era Mahadhir, kita tak pernah berani panggil Mahadhir sahaja. Mesti panggil Dr. Mahadthir. Sedangkan diapun manusia biasa, walaupun kita tahu bukan senang nak dapat Dr. tu. Dulu juga kita tak berani nak kata BN bodoh, penipu atau melaung-laungkan Hidup PAS! sesuka hati tepi jalan. Ketika saya di menengah rendah, saya pernah menonton video yang diedit menjenakakan Bush dimainkan di TV. Rakyat Amerika yang buat untuk President mereka. Saya kata, beraninya diorang buat video macam tu kutuk President sendiri.

Hah sekarang? Rakyat Malaysia juga bebas gantung bendera parti pilihan mereka di mana sahaja, bebas panggil menteri dengan nama apapun macam menteri tu kawan kita, bebas laung kata-kata semangat parti pilihan masing-masing, dan semestinya media massa kita. Sangat rock..! Mungkin ada yang kata disebabkan hilangnya nilai murni dan budaya kesopanan pada anak muda ni sebab semua ni jadi. Saya fikir, iya. Memang nilai murni dan budaya kesopanan kita hilang kini. Cuma saya tak anggap yang dulu kita tak sebebas bersuara seperti sekarang adalah kerana kita sopan santun, berhemah tinggi atau pemalu orangnya. Kita cuma takut dulu. Kita berfikiran sempit dahulu. Itu saja.

Sehari sebelum PRU dan pada hari PRU itu sendiri, saya hanya pulang ke Jitra. Sebab kan takbalik mengundi, balik rumah along. Saya berada dijalanan sepanjang 2 hari itu. Saya lihat Kedah sangat berubah dari mentalitinya. Mereka tidak harap BN untuk memajukan mereka, mereka tidak dahagakan kemajuan seperti sesetengah kawasan lain. Mereka berflashmob. Saya turut tekan hon. Sebab itu sahaja yang saya mampu. Ada orang cina yang semangat sungguh jahit kasut Nike dia dengan tulisan "Ini" (sebelah kanak), "kalilah" (sebelah kiri) jalan-jalan keliling pekan Jitra. Kedai-kedai banyak ditutup tanda mereka turut sama bekerja untuk PAS di Kedah. Semua duduk semeja atas satu tiket. Ini Kalilah! Abg Long semangat sungguh plan lepas mengundi kita ronda keliling Kedah. Sehari sebelum mengundi tu jugak saya dengan abang long pergi alor star nak repair aircond kereta. kedai aircond cina. abang long mmg pelanggan tetap dia, dia pun memang baik dengan abg long sebab abg long selalu recommend kedai cina ni dekat kawan-kawan dia. Tengok-tengok dia kata repair 3jam, xkan nak tunggu. kitorang pulak nak pergi kenduri. So dia tawarkan motor dia untuk kami pinjam. hah tengok tu? Kami pulak yang mengada-ngada takmau panas, so dia hantar kami balik semula ke jitra naik kereta saya. Tak merungut apa pun. Saya bagi uncle tu drive. Saya percaya dia. Dalam kereta, rancak dia sembang dengan abang long pasal PRU13 ni. Hah, uncle ni pun pangkah bulan woo. Tak malu ke kita?

Esoknya kami pun dari Jitra-Pendang-Sik-Gurun-Guar Cempedak-Kota Sarang Semut-A.Star-Jitra. Allahuakbar. Indahnya pemandangan walaupun saya hanya melihat orang penuh dijalan, ditepi jalan, didepan rumah. Sedapnya bunyi walaupun saya hanya mendengar bunyi bising hon dan laungan Allahuakbar! Yang lebih berharga, pada masa itu. Kami tidak kenal antara satu sama lain. Kami hanya hon, angkat tangan thumbs up, mengibar bendera, berflash light, dan melekatkan bendera PAS tanda kita bersaudara. Tak kira Cina, Siam, Melayu (majoriti di Kedah) bersama turun luangkan masa berada ditepi jalan. Dari basikal, motor, kereta kancil sampai ke Mercedes bangga sekali meronda-ronda atas jalan dengan anak isteri, kawan, meraikan PRU kali ini. Hari itulah saya lihat, hanya pada 5hb Mei ini, saya lihat semua dari kita yang sehaluan fahamannya sedekahkan senyum walaupun tak kenal sesama kita. :) Saya dapat lihat senyuman ikhlas bila kami bertentangmata walaupun sekadar 2 saat. Tapi itu sudah cukup. Kita bersatu. Abang long tak habis-habis senyum, jerit Allahuakbar! PAS menang, meriah-meriah! Kami buka tingkap sebab anak-anak nak pegang buluh bendera dari tingkap. Kadang-kadang diorang mengeluh lenguh tangan tahan angin bendera berkibar, tapi bila saya minta ganti pegang mereka kata takpe, boleh tahan lagi. Padahal dah tegang urat pegang buluh. Abanglong pun lenguh lengan tekan hon dan buat thumbs up. Tapi semangat punya pasal, lenguh pun lenguh la. Bukan selalu dapat macam ni. Mula-mula abang long kata dekat Jitra nanti kita cabut balik bendera dekat kereta, nanti orang yang kenal nampak, jenuh. Biasalah, penjawat kerajaan. Tapi bila dekat kota sarang semut yang kaw-kaw tadi, semangat sampai esok tidur malam pun tak cabut bendera. haha

Apa yang saya fikir sangat-sangat hebat PRU13 kali ini. Kita bersama. Percayalah. Jangan tertipu dengan sentimen perkauman yang mereka cuba gembar-gemburkan. Melayu dan Cina sudah bersatu. Mungkin bukan semua, tapi jika 20% pun itu sudah amat cukup. Sampai bila kita nak takut Melayu tergadai? Melayu sudah lama tergadai. Melayu hanya tinggal nama. Bahkan kita juga bukan 100% berketurunan melayu, kita juga kadang-kadang malu hendak pakai nama melayu. Jangan terlalu yakin dengan kemelayuan kita itu sebab ia tak bawa ke mana. Orang Melayu kena terima yang di Malaysia kita juga ada kaum lain. Bagaimanapun kita cuba tegakkan kemelayuan kita, kita kena sedar Cina, India dan lain-lain juga adalah rakyat Msia. Bukan salah mereka dilahirkan dalam bangsa sedemikian. Cuba bayangkan kalau kita ini orang Cina, adilkah semua ini? Macam mana pun risaukan melayu, cuba tegakkan melayu, kita masih ada warna-warna lain diseliling. Ini tidak dapat kita ubah, kita tak boleh hantar mereka ke negara asal masing-masing. Mustahil. Melayu kena sedar tanpa bangsa-bangsa lain ini kita tak akan berjaya. Kita lihat negeri-negeri maju di Msia seperti Perak, Kl, Selangor, Penang semuanya ramai orang cina. mereka ini yang majukan negeri kita, melayu cuma tiru. Mungkin ada yang tak setuju, tapi jangan pura-pura tak mengaku, rakyat negeri-negeri lain pun lari dari negeri sendiri sebab nak cari kerja kat negeri-negeri yang ekonominya orang cina pegang. So, takpayah nak hipokrit sangatlah. Ok, andai kata semua melayu bersatu dan sokong BN/PAS, orang cina bersatu dan sokong MCA/DAP (jika semua parti-parti ini tidak bergabung). Kalaulah semua bersatu ikut bangsa masing-masing. Apa jadi? Nak bahagi Malaysia ni pada 3bahagian? Satu pertiga orang melayu, satu pertiga orang cina, satu pertiga orang india. Macam tu? Takkk. Kita semua duduk atas satu tanah yang sama. Betapa kuat pun Melayu kita, kita kena ingat kita bukan satu-satunya bangsa yang ada di negara ni. Kita saling memerlukan. Sampai bila kita nak tolak bangsa lain? Kita selalu laung-laungkan jangan bersikap rasict. Tapi percaya atau tidak racist tu ada dalam diri setiap orang sebab kita pandang luaran, warna kulit, mata sepet, hidung kemek. Saya sendiri kadang-kala ada sifat rasict. Cuma kita kena ingat melayu sendiri ada yang lahanat, ada yang baik. Cina pun mesti ada yang lahanat ada yang baik. Konsepnya sama sahaja. Jadi takperlulah kita judge seorang dari bangsa cina tu sampai seluruh kaum cina kita laknat. Hormatilah mereka. Jangan kita mengharap orang cina yang kena hulur salam dulu kat kita. Kita sendiri sebagai orang islam kena mulakan dulu. Kita orang Islam, ada nabi ajar kita macam mana nak layan kaum lain. Hah. Bagi diorang terharu dengan kebaikan orang melayu, baru kita dihormati mereka. Sekarang, sikit demi sedikit nampak dah perpaduan tu. Perpaduan tu bukan hasil dari 1 Malaysia tu okey. Jangan nak berkira sangat lah. Otak jenis apa ntah taknak bukak langsung pemikiran. Kita sama-sama bermuafakat je, bukan sampai nak pergi join makan babi, bakar colok segala tu.

Saya tak mahu ulas pasal keputusan PRU13. Sebab ia satu topik yang sangat menyedihkan. Saya tak mahu tulis tentang itu. Kalau boleh saya tulis ini sempena mengingati kegembiraan-kegembiraan pada PRU13 sahaja supaya 5tahun lagi saya boleh baca dan buat banding beza. 

Jika kita perjuangkan atas nama Islam, semua bangsa boleh jadi Islam. Jika islam memerintah, orang cina india akan nampak indahnya islam. Objektif kita mula bertukar dari bangsa --ke -- agama. Itu lebih tepat dan padat kan? 

~sekian coretan dari rakyat Malaysia yang tidak mengundi. huhu..malu dengan bangla.



Wednesday, May 1, 2013

Demm you korean drama!

Cerita korea macam bongek. Buang masa aku je tengok sampai 16 episode. (macam mana lu boleh stay tengok sampai 16 episode tyra? ) Well, cerita korea memang lah sweet, bunga-bunga. Seronok tengok heroin dan hero yang comel lote. Sebab tu sampai habis jugak la aku layan cerita tu. Macam bullshit kan? kata tak suka tgk korea. haha

Ok. Fine! Dah hero tu hensem.. ketagih nak tgk sampai habis la. ngeh3. :P

Ceritanya macam ni, aku tersilap copy cerita, ingatkan movie omputeh sebab tajuk dia "Scent of A Women". Tengok2 cerita korea. Kemarin, dah boring sangat, baru habis kelas, layan je la cerita tu sebab dah takde movie lain dah. Tengok sikit, eh.. macam comel je. tengok lagi. hmm..apa jadi lepas tu ea.. tengok dan menonton la sampai tamat. Lepas habis tengok sumpah seranah. Bodo citer ni. haha

Bukan apa, dah la takde action cerita korea ni, super slow punya cerita, awek pulak buat-buat gaya comel mulut kumat-kamit. adoii, kita dah memang comel dah kan, nak buat2 comel buat apa lagi. eh. hehe. ok, lepas tu semua macam kebetulan je, tak sengaja dengar rahsia si polan, tak sengaja terlanggar. wth? dari mula sampai ke akhir bergantung dengan nasib ja. dalam hidup ni mana ada macam tu. lepas tu, hero mesti hensem, kaya, pastu macam budak-budak sikit, bergaduh mula2, pastu suka. ngokngek. pastu mesti ada scene pergi theme park, jalan-jalan kat shopping street, naik basikal, makan ubi rebus. alahai. scene copy paste sume sama ja oi..

So aku rasa, cerita korea ni hanyalah imaginasi,impian, mimpi disiang hari director dia je. diorang yang teringin nak jadi macam hero heroin dalam cerita tu. nak semua perfect. hidup sebenar, ko takdapatlah macam tu weh...

note~ Bersyukur aku bukan dalam golongan anak gadis yang hidup dalam dunia khayalan mimpi nak jadi cam heroin dalam cerita korea. Demm korean!