Friday, March 15, 2013

KOM

Jika bantahan tidak dapat diselesaikan sebelum acara bermula, altlet dikehendaki tetap mengambil bahagian dalam pertandingan, namun secara protes.

~Sedikit dari Competition Rules IAAF Athletics 2012-2013, Olahraga KOM.

Akibat tekanan membaca akta-akta ngok ngek utk exam esok. Very lulzzzz~

*sigh seribu kali

Petang tadi...
Terbangun je dari tidur, tiba-tiba rasa kosong..kosong..kosong.. (najwa latip)

Terus sembahyang, capai tudung, start enjin kereta.
Drive entah kemana-mana.
*sigh

Pusing-pusing Jejawi, Repoh, Kangar, Pengkalan Asam, Seriab,
Last sekali sampai Kuala Perlis.
*sigh lagi

Aku pergi semua tempat kat Kuala Perlis yang kitorang pernah pergi sekali.
Betul-betul atas tanah yang sama kami pijak, atas batu yang sama kami duduk.
Aku tengok awan. 
Harini awan luas, tak berkepul-kepul macam time dulu.
Takde bentuk seakan gajah, orang and... tak ingat la bentuk apa lagi yang aku&dia nampak dulu.
Bergenang jugak lah air mata ni.
*sigh lagi sekali

Hampir semua bahagian kat Kuala Perlis ni betul-betul complete memory untuk kitorang.
Sebab takde port lain nak pegi. Lolz
Satu-satu tempat yang pernah kami lepak aku singgah, tak pun tengok dari jauh je. 
*Sebak.
Singgah masjid. (pun kenangan jugak)
Solat dan berdoa.
Termenung sekejap sambil dengar ustaz bagi kuliah maghrib.

Tak pasti tajuk kuliah sebab dah terlepas,
Tapi ustaz kata, manusia kadang-kadang, bila ada masalah baru nak solat, baru nak buat ibadah.
*sigh lagi dan lagi
Rasa diri aku banyak sangat dosa. Allah...~

Rumet call, dah nak sampai dari kl.
Aku pun balik, segan pulak kalau rumet tau aku pergi menenangkan diri sorang-sorang kat Kuala Perlis. (cover line)
Balik. Tak pasang pun radio. Cuba untuk bertenang.

Tengok phone, keychain yang aku dah pakai hampir setahun tercabut entah kemana.
Keychain tu alphabet nama aku&dia.
Hilang pulak... macam tuan dia.

Hmm, takpelah. Redha kan je lah... kan?




Thursday, March 14, 2013

Kedai jual arak


Tiap kali pergi langkawi. Aku hanya akan beli coklat dekat Haji Ismail Group.
Sebab Pak Mail ni orang Islam. Dalam kedai dia tak ada partition jual arak.
Aku pantang bab tu.

Sedih bila tengok kedai dekat jeti yang pekerja Melayu, mungkin owner bukan Islam.
Jual coklat dan pelbagai jenis arak. Cantik dia susun.
Hati-hatilah mencari rezeki.

Memang kalau jalan-jalan sementara nak tunggu feri tu,
bila ada kawan aku nak beli coklat kat kedai macam tu.
Aku buat macam mak-mak perintah anak. 
"Ish,jangan beli kat sini, ada jual arak"
Sengaja bagi pekerja tu dengar.

* Tapi trip kali ni aku borong free duty cigarette.
Dua katon B&H.
Yop kirim suruh beli.
Dan kedai cigarette sudah semestinya menjual arak. =.="

Gwa memang jenis manusia cakap tak serupa bikin. 



Love both of you :)


I love both of you. Very much. But i hate your attitude.
What to do, sisters?


Sunday, March 3, 2013

:'(


Kalau kamu tidak pernah hendak membantu aku waktu susah, 
Jangan pula kamu mencela aku ketika aku senang.

*sedih! :'(

Saturday, March 2, 2013

Burung pun bercinta... Kan?

Berkasih-sayang itu..
Burung pun bercinta,
Ombak dan pantai juga bersenggama,
Kiri dan kanan itu pun berpasang-pasang,
Merah dan biru walau lain tampak serasi,
Langit dan bumi pun tetap bersama.

Bercintalah sepuas kau...

Cuma,
Jangan lupa tanggungjawab pada ibu bapa,
Jangan hilang hormat pada guru,
Jangan tinggalkan rakan-rakan,
Jangan paling muka dari jiran-tetangga,
Jangan sampai ibadahnya bukan kerana Allah.

Haih..
Jangan hilang adab dengan sekeliling bila mabuk bercinta dengan seiring.

Kita masih ada komitmen mencari rezeki,
Komitmen mencari ilmu,
Komitmen bekerja,
Komitmen bersosial.

Allah...~*sigh
Benda simple je. Boleh fikir kan?


Play Well Dude!

Once you get in, play it well. Let's follow the flow, for everyone's sake.
But once you get out, don't turning back. Because you deserve more.


Doc Help Me

I need a doctor. Call me a doctor. I need a doctor, doctor... to bring me back to life.
~Dr. Dre is coming.

Fuckin Human

Resam manusia. Bila susah keliling dunia mencari, bila senang seluruh isi dunia tak dikenali.


:)

Alhamdulillah, susah atau senang itu rezeki dari Allah.
Jika pernah memberi, tak perlu mengharap balasan.
Berusahalah dan rajin-rajin berdoa. :)


Dot

Kalau tak mampu jadi manusia yang dibanggakan,
sekurangnya elakkan menjadi manusia yang memalukan. 
Sayangi Diri Anda. ♥

Najis

Jika pernah terpalit najis, tetap kekal baunya walau dibersih berkali-kali.

Keyboard I Lebiu

Ehehehe..malu la pulop.. :P

Hmm, titew nak beli keybord.
Tapi satu benda pun tak reti.
Malu malu*

Tapi nak jugak..
Dah survey dah, yang 2nd hand.
Sebab nak model yang berkualiti, murah.
Bebudak TESL maktab aku pakat jual keyboard, sebab subjek music diorang dah berakhir, dan ada certain yang tak nak continue main.
So, ada 2 orang yang aku dah tanya, nak jual model YAMAHA e333.
Okey la dok yamaha? Aku pun tatau.

Runding-runding, seorang ni nak jual rm650, seorang lagi RM550.
Aku cakap, bajet aku RM500 je. So bila dapat RM550 tu... Nak nak nak!! :)
Tapi cakap kat owner, hold dulu, sebab nak murah lagi. Ngee~ jahat la aku...
Diorang beli 800++ sebab beli banyak-banyak, aku tengok internet, harga latest dalam 970.
Okey la kot eh? hehe

Sebenarnya esok pun boleh beli, cuma bawak bersabar. Bertenang ye cik tiara..
Masalahnye sekarang, ada keyboard. Tak tau main??? Puii.. haha

InsyaAllah, keinginan dan minat tu ada, bak kata member aku. :)


Mak-mak

Cayang Babab, cayang Coco!! Ngee~

Lepas dah ada anak ni baru aku paham sikit perasaan jadi parents. Ewahh, over!
Orait, babab & coco ni hamster yang aku dan 2 orang lagi kawan aku bela. 
bukan saje2 nak bela, subject ni weh! haha

Nak jadi cerita, sekarang ni, tambah-tambah lagi masa baru-baru dapat anak ni, 
aku dan classmate aku semua pakat story pasal anak masing-masing.
and we have fun! lol
exited la cerita, anak aku tidur terkangkang, anak aku kuat tidur, anak aku bergaduh, bla bla bla.

Just tiba-tiba aku sedar, apa dah jadi dengan aku nih!
Macam mak-mak je. huehue
Benda aku paling benci duduk di kalangan mak-mak bila diorang sembang pasal anak diorang dekat aku.
"Anak akak, bijak betul...dia guna phone terer lagi dari akak", "Ni ha, Kaisara ni, kejar kucing sampai hujung kampung petang tadi..hehe"
Bila balik rumah pun aku macam what the hell kakak-kakak aku nih. 
Memang la aku sayang anak buah aku, tapi aku tak penah heran pun kalau budak-budak tu makan berapa kali sehari, pakai susu jenama apa, kena cucuk serapa kali sebulan bla bla bla.. haha
Aku macam, LULZ, ada aku kesah? Aku baru 21 kot! Apsal sembang gitu dengan aku. haha

So masa kitorang pergi Momok Trip Gua Kelam, Zaid sembang dengan kitorang, sebijik sama macam yang aku rasa.
Btw, Zaid ni cikgu muda yang baru posting and tak ada geng muda-mudi kat sekolah. 
Akhirnya bersahabat baik dengan Apai aka cikgu praktikum.
Dia tension kat sekolah sebab bila duduk kat kantin, sembang... "Anak akak pandai la bawak basikal, takyah pakai roda tiga dah.." 
Dia pun macam... "Err..haah la, pandai ea budak-budak sekarang...=.=" 
"Dalam hati aku kata bullshit, bullshit, bullshit! Ada aku kesah?" hahaha

Memang gelak sakan kitorang.
So bila flashback balik, aku rasa macam tak caya aku sembang topik gitu dengan kawan-kawan?
Demm!

Tapi aku sedar, otak kita, cara pemikiran, percakapan berubah bila meningkat usia.
So tak mustahil aku jadi macam cikgu dan mak-mak tadi yang sembang pasal anak dan cucu tanpa sedar yang orang lain actually tak kesah pun pasal apa yang kita cerita tu.

Nampak tak pengorbanan mak kita? Luv ya mak!
Btw, babab & coco sangat kiut. Suka cium diorang... :)