Monday, April 29, 2013

Ma Classmate :)

Kalau umur panjang, makanya genaplah 5 tahun 6 bulan aku akan bersama dengan classmate aku. PISMP Rekabentuk & Teknologi (B), Ambilan Januari 2011.
Hmm, macam-macam cerita pasal diorang ni. Serius. 

Memang pada mula aku tak redha dengan classmate aku. Bukan apa, seumur hidup aku, aku tak pernah rapat duduk sekali dengan geng-geng yang baik, jenis yes sir! ni. Never. Sebab telah maklumlah perangai aku yang bermasalah, so mestilah berkawan dengan orang yang bermasalah je. Kadang-kadang ada terasa macam tak happy kenapa la aku duk dengan budak baik-baik, kan aku dah jadi baik sekali ni. Aigoo, habislah zaman remaja aku sia-sia je. Tak enjoy leerr. Masalahnya dulu-dulu kawan ramai, banyak choice, tak sesuai kawan dengan orang ni, kawan dengan yang lain. Sekarang, mana kawan yang ada, itulah kawan aku untuk 5 tahun setengah ni.

Sebab setuju atau tak, kawan-kawanlah yang membentuk kita, sebab kita lebih banyak masa dengan kawan berbanding keluarga dalam umur yang macam ni. Nak jadi cerita pulak, dalam course aku di ipg ni, hanya kelas aku je yang ada perempuan yang berstoking, bertudung labuh, lelaki bersongkok janggut bagai. Batch lain in the same course takde. So faham-faham lah ye betapa 'weird' nya aku rasa pada mulanya. Aku cakap, kenapa aku masuk kelas yang nih? Bukan kelas lain, bukan batch lain atau di ipg yang lain? (Orang tak bersyukur) Tapi tak boleh salahkan aku la, bukan senang nak tukar cara pemikiran kita terutamanya orang yang jenis keras pendirian macam aku nih. kuikuikui

But suddenly, aku sedar. Kalau Allah nak jadikan kita lebih baik, Allah akan hantar kita orang-orang yang baik. Dan percaya atau tak, aku boleh adapt. Sekarang, bila aku bergaul dengan orang-orang yang sebelum ni memang jenis aku, aku rasa pelik, tak selesa dan lebih banyak diam. Dah rasa tak selesa, diam lah kan. Tapi dengan classmate aku, aku jadi macam mana entah. Bila kita selesa dengan seseorang tu, kita akan cakap apa je main lepas. Kalau keluar tak perlu nak pakai cantik-cantik bagai, tak mekap pun rilek ja, tak payah nak berlagak ayu, berlagak serba tahu, berlagak orang bandar. Be yourself. 

Macam kita kat rumah, kita tak payah nak cover-cover pasal pakaian, cara cakap, makan, apa yang kita buat. Siapa diri kita ialah macam mana kita kat rumah. So classmate aku ni macam satu family bagi aku. Ada abang, kakak, adik. :)

So, bila praktikum sebulan ni, masing-masing bizi, lama tak jumpa, tak sembang. Alahai rindunya. Rindu kat semua. Bila malam habis praktikum tu semua keluar makan ramai-ramai. Just, lepak kat kedai, makan, sembang. Seronoknya. Macam-macam benda nak sembang. Dan aku punyalah exited nak keluar sama-sama malam tu.

Cumanya, terima kasih kawan-kawan. Kita 20 orang yang aku anggap macam adik beradik aku sendiri. Mungkin kita tak melafaz rindu, terima kasih, sorry sangat-sangat atau perkataan-perkataan yang melambangkan kasih sayang, tapi aku percaya, kita semua sayang keluarga RBT B. kan kan kan? Cuma takdelah nak expose direct. Buat macam biasa je lah.

Again, terima kasih. 19 orang dari kamu dihantar oleh Allah kepada aku untuk mengenal erti persahabatan, kasih sayang, tanggungjawab, bersyukur dan redha, mengajar aku mendekatiNya, menjaga aku seperti adik dan kakak kamu dikala ibubapa aku jauh dan tidak dapat melihat-lihatku seperti selalu. Aku tidak malu ada sahabat seperti kamu, dan aku berjanji akan menghargai hubungan kita bukan setakat untuk 5tahun 6 bulan ini, tapi hingga akhirat. :')


Friday, April 26, 2013

Oh ok.. Hmm.. hmm

Apa perasaan korang kalau orang kata kau macam nih:

Engkau ni, taknak mengaku lemah. Taknak mintak tolong orang lain walau sesikit benda pun. Cubalah cerita apa masalah ko pada orang lain. Tak cerita kat semua orang, dekat seorang pun cukup lah. Cukup-cukuplah berlagak macho, cool, kuat bagai. Cuba share susah kau tu dekat orang, jangan asyik share senang, seronok je. Takpayah nak rahsia sangat la, nak malu apa je. Perangai dari kecik sampai besar tak berubah. Berpura-pura macam everything is ok, dont worry, i can handle that. Takpenat ke? Ingat tak apa nobita cakap? Two is better than one kan? Hah dah tu, kenapa yang semua benda nak buat sendiri,tanggung semua sorang-sorang, taknak mintak tolong orang?!

Respons aku: Oh ok. Tengss. :'(




Wednesday, April 24, 2013

Fasa 1 Done!

Rabu, 24 April 2013, 6:49 pm. 
Yup, ini hari dan saat di mana sehari sebelum aku tamatkan praktikum fasa 1 di SK Sanglang selama 4 minggu ni. :'( Macam-macam yang aku dah belajar. Banyak pengalaman yang aku dapat, ramai orang baru yang aku kenal, ilmu baru, kasut baru dan bla bla bla. Well, maybe tak gempak macam experience orang lain yang pergi program exchange student ke Jepun, pergi konvensyen of art kat perancis, atau wakilkan malaysia untuk sukan sea. Tak sampai tahap tu. Tapi inipun satu tahap yang tinggi untuk aku. Bukan mudah dah habiskan 1month dekat sekolah taww!!

First, bila dapat tahu praktikum dekat Kedah, omg. Sekolah hari Ahad??!! @#$%&*^
Benda aku paling benci yukk. But as usual, benda aku tak suka tu la yang aku akan dapat. Its ok, dah biasa dah dengan qada dan qadar gitu. hehe. Bangun awal ke sekolah dan _______
No fullstop. 

Tapi itulah Allah s.w.t. Tak pernah Dia tulis sesuatu tanpa hikmah, tanpa ni'mat dan limpah kurniaNya. Syukur, warga SK Sanglang sangat sangat sangat sangat awesome. Baik sangat. Cikgu hormat kami guru pelatih, tak busuk hati, ramah, suka tolong kitorang. Ini bukan nak bodek. Ini betul-betul.

Students? Yes, cikgu sayang korang semua. Cikgu dah kumpul semua hadiah, kad ucapan, surveniour yang korang bagi. Ramai kot bagi. Cikgu kan glamer, ramai admire. hehehe. Paling terharu, budak-budak kelas hujung, yang nakal, yang selalu makan cubit aku, yang selalu kena jerkah dengan aku la ramai bagi hadiah. Siap nangis-nangis tadi sedih gwa nak blah. hehe. Terharu. Tapi buat-buat cool takde perasaan. Takmau la cam over lak orang tengok.

Kawan-kawan praktikum se sekolah. Tengs. Korang baik sangat, best kerja dengan korang. Koko kat sekolah pun taklah giat sangat, bolehla aku tidur petang-petang kroh kroh. Makanan kat kantin untuk breakfast delicious amos, walaupun lunch tak sedap. 

Dan tak larat nak taip. Macam tulis refleksi/jurnal mingguan je. Just thanks SK Sanglang. Harap-harap untuk fasa 2 dapat sekolah macam ni lagi. Thanks Allah. Dalam macam-macam benda yang aku belajar kat sekolah, aku belajar satu benda baru dalam hidup ni. Apa pun yang kita dapat, apa pun yang Allah bagi. Ambik. Buat elok-elok. Jangan banyak songeh, mengeluh sana sini, serabut kepala bagai. More work, less talk. In Sha Allah, we'll be great. Allah akan tolong. 

Dan plus plus plus satu benda lagi. Kalau students tu nakal, budak kelas hujung. Its ok, bukan semua buah kat pokok cantik, sedap, segar. Apa yang kita perlu buat, jaga hati students, usaha sampai titisan darah terakhir nak bagi diorang faham jugak, dan sentiasa ikhlas. Ada beza kerja ikhlas dengan kerja tak ikhlas. Budak-budak boleh beza. :)


Hehehehehe


Tertawalah dan maafkan kesalahan diri sendiri. Segera bangun dan berlarilah! Berlarilah untuk meraih masa depan yang lebih baik. Allahu Akbar!

Hidup kita seperti buku. Jika halaman-halaman yang di belakang sudah ada coretan yang tidak baik maka kita masih punya banyak halaman di hadapan yang masih putih. Masa depan kita masih suci, bersih. Jadi, jangan tunda kebahagiaan kita di masa depan hanya kerana kesalahan kita di masa lalu.

Detik waktu terus berlalu, dan semua akan berakhir pada-Mu ..

~hehehe. thanks to PGPI for tagged me in this post.

Tuesday, April 23, 2013

Binatang pun ada hati woo

Semalam coco beranak !! yeay!
Aku & Ama bukan main jerit seronok sampai member dari luar pagar boleh dengar suara kitorang. Btw, coco dah 2x gugur so ni 1st time dia lahirkan baby 5 ekor. (itu pun bila tukar jantan lain). Nampak sangat babab her ex-husband tak subur. mehmehmeh

Punya la rasa kasih sayang yang tak berbelah bahagi, tutup cage dengan shawl aku yg bercorak belang. Demi keselesaan coco dan anak-anaknya. Tapi malangnya, menjelang maghrib coco telah melahap anaknya hidup-hidup depan mata ku.

Eww serius nak muntah tengok. Now tinggal 3 ekor. Harap sangat hidup sebab nak tengok bulu baby colour apa nanti. And leps anak dah besar, nak satukan coco&babab balik. They are perfect couple. Tak sanggup lagi nak menggalakkan kecurangan berlaku antara diorang. haha. Bongek.

Last but not least, mama-mama sayang coco&babab& new babies walaupun kitorang dah xdapat nak jaga molek-molek macam dulu sebab bizi sangat sekarang ni.

Teringat peristiwa lepas settle amali haiwan kesayangan, bila group classmate aku ada yang bertindak cuba nak buang hamster sebab amali dah habis. Hamster tu dah tak guna dah kat dia. Markah dah dapat, bak kata pepatah habis madu sepah dibuang. Aku sangat marah walaupun benda tu jadi kat orang lain. Ini sangat kejam. Sangat sedih, dan tak patut berlaku kalau manusia tu ada akal. Sekurang-kurangnya tunjukkan sedikit respect dan belas kasihan. Mungkin dekat akhirat nanti hamster ni yang tolong jawab kebaikan kat dunia yang kita dah buat. Tak mustahil kan?

Quote dari diri sendiri: 

"Bila kamu minum segelas air, letak saja gelas itu elok-elok. Tak perlu campak gelas tersebut, tak perlu memaki air tadi kurang sedap atau membanding-bandingkan harga dengan kedai lain. Belajar untuk menghormati insan/haiwan/benda lain setelah kamu menggunakan mereka sepuas-puasnya."


Monday, April 22, 2013

Entri Maghrib

Oh.
Dah lama tak tulis cerita baru.
Sedangkan macam-macam benda dah berlalu.
Penting.
Seronok, sedih. Adalah benda menarik yang nak diceritakan.

Peliknya aku.
Tak terlalu ketagih ambik gambar semua aktiviti, cerita semua aktiviti, kongsi suka duka dekat laman sosial. (dah tu, apa yang ko buat ni weh!?)
okeyla, ini blog cerita lain. More to express and thinking. hahaha.

Hmmm.
Kenapa eak?
Aku tak ambik gambar, post bla bla bla.
Hari ni kite bla bla bla.
Snap gambar makan, pegi sini sana.
Padahal setiap hari pun full. 
Penat lembik macam-macam aktiviti.
Kenapa aku tak macam perempuan lain????!!!!
Rugi jugak kadang-kadang sebab aku tak menjalani kehidupan seperti gadis-gadis lain pada abad ke-21 ni.
Oldskul ke aku. Kolot ke aku. Kampung? Tradisional? Antik? Loser? 

Ohhhhh!! Kenapa???
Aku ni tak normal ke weh.    T.T


Thursday, April 11, 2013

Puiiii!!

Sedih jadi perempuan. Sedih. Sangat menyedihkan.
Perempuan adalah simbol kepada seks.
Kenapa bukan simbol kepada kelembutan.
Simbol keibuan.
Simbol kepada bunga-bungaan dan wangian.
Mungkin perempuan simbol kepada kecantikan.
Tapi cantik yang digambarkan masih dalam konteks seks!

Asyik-asyik seks.
Women and sex cannot be separated.
When we should get some respect?

Lelaki kuat, gagah.
Kuasa besar.
Bawak kereta hebat.
Gentlemen bagai.
Dan bila lelaki dikaitkan dengan seks,
kuat, tahan lama, bla3.
Taknak kalah. Nak hebat-hebat aje.

Puiii!!!
Haramjadah lelaki.


Tuesday, April 9, 2013

Mewah itu bukan pengukur

Hari ni birthday yop.
Hantar msg, wish birthday bla3... wish moga yop sukses dunia akhirat.

Sembang-sembang mcm biasa, yop tiba-tiba cakap, hm xtau la. Umur 26, habuk pun tarak. Hmm. Aku pun sembang buat lawak-lawak sikit, tak nak serius sangat. Pastu cakap, xpe, rezeki Allah nak bagi bila-bila masa je. Yop balas lagi, menyesal duduk kampung, makin lama makin panjang hayat di neraka. Allah... bergenang air mata aku baca pengakuan dari abang mcm tu. 

Yop, yop dah korban masa depan yop jaga mak abah. Tu benda terbesar yang kami belajar tinggi-tinggi ni pun tak mampu buat. Biasa la tu terkurang sana sikit, sini sikit. Allah tahu niat kita. Adik-beradik semua tak pernah pandang rendah pada yop walau sikit pun. 

Hm, rasa nak je nasihat, ajak dekatkan diri dengan Allah. Tu kunci kita orang Islam. Tapi aku pun terumbang-ambing. Rasa tak layak nak tegur yang lagi tua. Hanya mampu berdoa dan menjadi rakan yg setia untuk abang. Selamat Hari Lahir, yop. 

~menulis sambil bergenang air mata.

Sunday, April 7, 2013

G.U.R.U

Cikgu ini.
Mungkin tak glamour macam kerja lain.
Pelanggannya kanak-kanak, budak berhingus.
Dokumen sehari-hari cuma buku sekolah, kadang-kadang adalah sehelai dua minit mesyuarat PIBG.

Cikgu ini,
Tak pakai kereta besar,
Mengharapkan goverment loan baru boleh bergaya sikit,
Gaji pun takat cukup makan pakai, dapat holiday pergi Cameron pun dah habis sejuk dah tu.

Macam ni lah cikgu. Serba sederhana.
Tapi ingat! Untungnya kita.

"Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang soleh."

Mungkin saham kita di dunia kurang, tapi jika ilmu yang disampaikan itu baik dan diamalkan, In Shaa Allah saham kita besar di akhirat nanti. :)



Ma Home

Rindu la kat rumah. Rindu mak, abah, yop, opah, acik. Dan anak-anak buah aku yang gediks!

Dah lama tak balik. :(



Bebudak

Praktikum penat, kadang-kadang mengantuk, bosan, bengang dgn bebudak & pening kepala nak fikir mengajar.
Tapi aku selalu cuba set, kalau panjang umur, inilah kehidupan aku untuk 36 tahun lagi. jyeah!

Tiap-tiap hari aku menjerit. Dah la suara aku jenis tak clear.
Aku tak pandai guna psikologi untuk nasihat/tegur budak.
Aku marah direct/bagi arahan direct. Aiyoo..what to do.

Banyak lagi kena belajar ni. :)

Oh Cikgu dan Telekungnya

Hai
Saya guru pelatih. :)

Okey, ceritanya macam ni. Aku ni antara yang pengemas la antara rakan-rakan.
Selalunya lepas solat aku akan lipat telekung elok-elok, sama besar. Dah terlambat sekalipun aku akan lipat dan letak elok-elok tepi katil.
Nak kata musim praktikum punya pasal, aku rasa macam kelakar je dengan perangai aku sekarang.

Subuh: Lepas solat, lipat macam biasa.
Zohor: Sebab balik sekolah lewat, pukul 3 lebih baru bleh solat, so aku fikir, xpe la.. nak dekat asar dah. takyah lipat. keromok je, sorok dalam sejadah.
Asar: Sebab aku tidur petang-petang (letih sgt), solat pun pkul 6.30, aku cakap lagi. Okey, dekat maghrib dah ni. Takpayah lipat.
Maghrib: Lepas solat, aku decide solat isya' awal sikit nanti sebab takut tertidur. So, takyah lipat telekung again.
Isya': Settle semua kerja, tak sabar-sabar nak tidur. Gulung2 telekung tu je, esok kan nak pakai solat subuh lagi!

hehehehe.