Thursday, March 14, 2013

Kedai jual arak


Tiap kali pergi langkawi. Aku hanya akan beli coklat dekat Haji Ismail Group.
Sebab Pak Mail ni orang Islam. Dalam kedai dia tak ada partition jual arak.
Aku pantang bab tu.

Sedih bila tengok kedai dekat jeti yang pekerja Melayu, mungkin owner bukan Islam.
Jual coklat dan pelbagai jenis arak. Cantik dia susun.
Hati-hatilah mencari rezeki.

Memang kalau jalan-jalan sementara nak tunggu feri tu,
bila ada kawan aku nak beli coklat kat kedai macam tu.
Aku buat macam mak-mak perintah anak. 
"Ish,jangan beli kat sini, ada jual arak"
Sengaja bagi pekerja tu dengar.

* Tapi trip kali ni aku borong free duty cigarette.
Dua katon B&H.
Yop kirim suruh beli.
Dan kedai cigarette sudah semestinya menjual arak. =.="

Gwa memang jenis manusia cakap tak serupa bikin. 



No comments: