Saturday, May 18, 2013

Letih

Letih sangat. Letih. Ya Letih.

Bila solat, habis bagi salam, terus kepala ni fikir. Allah terima ke solat aku hamba yang hina ni?
Letih.
Bila drive atas jalan raya, fikir kalaulah ada kereta langgar aku, aku mati. Apa aku nak jawab dosa-dosa aku dalam kubur nanti?
Letih.
Bila hari Jumaat, tertinggal solat subuh, tertinggal Al-Mathurat. Fikir, kalaulah tadi kiamat, kat padang masyar Allah tayangkan dekat semua orang apa yang aku dah buat kat dunia ni.
Letih.
Bila telefon mak abah, terfikirkan betapa tak sempurnanya aku sebagai anak mereka, padahal di mata mereka aku ini betul-betul anak yang lengkap.
Letih.
Bila isu-isu sosial jadi topik perbualan. Sekadar mengenang apa nak jadi dengan anak muda sekarang. Fikir, aku ini apa kurangnya? Sama juga.
Letih.
Letih bila mengajar anak bangsa jadi baik, jadi yang terbaik serba-serbi dunia akhirat. Padahal guru yang bercakap sendiri pun haprak!

Letih mengenangkan dosa. Tak habis-habis. Allah...


No comments: