Monday, May 6, 2013

I cant believe i wrote this shit

Assalamualaikum. Salam pascaPRU-13.
Hajat nak tulis sebelum PRU, tapi biasalah, sifat menangguh-nangguh kerja tu memang sifat Melayu. Jadi, orang sudah memecut ke depan, saya ni cuma asap hitamnya lah. Tertinggal belakang.

Ok.

Sebelum PRU13, saya ada satu penyesalan yang bukan salah siapa-siapa. Cuma salah saya. Saya tidak daftar mengundi. Saya ambil berat, jujurnya cuma lebih omong mulut dari tindakan kakitangan. Jujurnya, saya malu. Sebagai mereka yang layak mengundi, yakni pengundi termuda yang lahir pada tahun 1991, saya telah sia-siakan peluang ini. Sebab itu saya bertindak diamkan diri, tapi tak bermakna mata dan telinga saya diam. Cuma mulut.

Saya berada di perlis, seperti yang kita tahu rakyat perlis ini azalinya BN. Mereka sukar diubah. Dan saya lihat penglibatan anak muda di sini kurang, mereka sendiri keluar dari perlis, tinggal tua-tua sahaja. Jadi saya lihat di sini keterbukaan politiknya kurang, hanya diwarisi dari keluarga dan sahabat handai sahaja. Saya hanya melayari fb dan membaca sedikit akhbar serta bersembang kedai kopi sahajalah tentang politik. Saya kira, tahun ini amat ajaib. Ajaibnya bukan pada dasar berpolitik, tapi dasar berani bersuara, hak bersuara yang kita laung-laungkan. Kita sudah dapat. Saya masih ingat dulu-dulu, siapa yang berani mengaku dirinya penyokong PAS? Hanya mereka yang benar-benar tegar sahaja mampu mengebar bendera PAS. Dulu abang saya ada simpan bendera PAS, buat tutup-tutup stor. Abah marah, "kamu ape gantung-gantung bendera tu, karang orang nampak kena tangkap." Sampai begitu sekali takutnya kita walaupun saya tahu abah juga penyokong PAS. Dulu di era Mahadhir, kita tak pernah berani panggil Mahadhir sahaja. Mesti panggil Dr. Mahadthir. Sedangkan diapun manusia biasa, walaupun kita tahu bukan senang nak dapat Dr. tu. Dulu juga kita tak berani nak kata BN bodoh, penipu atau melaung-laungkan Hidup PAS! sesuka hati tepi jalan. Ketika saya di menengah rendah, saya pernah menonton video yang diedit menjenakakan Bush dimainkan di TV. Rakyat Amerika yang buat untuk President mereka. Saya kata, beraninya diorang buat video macam tu kutuk President sendiri.

Hah sekarang? Rakyat Malaysia juga bebas gantung bendera parti pilihan mereka di mana sahaja, bebas panggil menteri dengan nama apapun macam menteri tu kawan kita, bebas laung kata-kata semangat parti pilihan masing-masing, dan semestinya media massa kita. Sangat rock..! Mungkin ada yang kata disebabkan hilangnya nilai murni dan budaya kesopanan pada anak muda ni sebab semua ni jadi. Saya fikir, iya. Memang nilai murni dan budaya kesopanan kita hilang kini. Cuma saya tak anggap yang dulu kita tak sebebas bersuara seperti sekarang adalah kerana kita sopan santun, berhemah tinggi atau pemalu orangnya. Kita cuma takut dulu. Kita berfikiran sempit dahulu. Itu saja.

Sehari sebelum PRU dan pada hari PRU itu sendiri, saya hanya pulang ke Jitra. Sebab kan takbalik mengundi, balik rumah along. Saya berada dijalanan sepanjang 2 hari itu. Saya lihat Kedah sangat berubah dari mentalitinya. Mereka tidak harap BN untuk memajukan mereka, mereka tidak dahagakan kemajuan seperti sesetengah kawasan lain. Mereka berflashmob. Saya turut tekan hon. Sebab itu sahaja yang saya mampu. Ada orang cina yang semangat sungguh jahit kasut Nike dia dengan tulisan "Ini" (sebelah kanak), "kalilah" (sebelah kiri) jalan-jalan keliling pekan Jitra. Kedai-kedai banyak ditutup tanda mereka turut sama bekerja untuk PAS di Kedah. Semua duduk semeja atas satu tiket. Ini Kalilah! Abg Long semangat sungguh plan lepas mengundi kita ronda keliling Kedah. Sehari sebelum mengundi tu jugak saya dengan abang long pergi alor star nak repair aircond kereta. kedai aircond cina. abang long mmg pelanggan tetap dia, dia pun memang baik dengan abg long sebab abg long selalu recommend kedai cina ni dekat kawan-kawan dia. Tengok-tengok dia kata repair 3jam, xkan nak tunggu. kitorang pulak nak pergi kenduri. So dia tawarkan motor dia untuk kami pinjam. hah tengok tu? Kami pulak yang mengada-ngada takmau panas, so dia hantar kami balik semula ke jitra naik kereta saya. Tak merungut apa pun. Saya bagi uncle tu drive. Saya percaya dia. Dalam kereta, rancak dia sembang dengan abang long pasal PRU13 ni. Hah, uncle ni pun pangkah bulan woo. Tak malu ke kita?

Esoknya kami pun dari Jitra-Pendang-Sik-Gurun-Guar Cempedak-Kota Sarang Semut-A.Star-Jitra. Allahuakbar. Indahnya pemandangan walaupun saya hanya melihat orang penuh dijalan, ditepi jalan, didepan rumah. Sedapnya bunyi walaupun saya hanya mendengar bunyi bising hon dan laungan Allahuakbar! Yang lebih berharga, pada masa itu. Kami tidak kenal antara satu sama lain. Kami hanya hon, angkat tangan thumbs up, mengibar bendera, berflash light, dan melekatkan bendera PAS tanda kita bersaudara. Tak kira Cina, Siam, Melayu (majoriti di Kedah) bersama turun luangkan masa berada ditepi jalan. Dari basikal, motor, kereta kancil sampai ke Mercedes bangga sekali meronda-ronda atas jalan dengan anak isteri, kawan, meraikan PRU kali ini. Hari itulah saya lihat, hanya pada 5hb Mei ini, saya lihat semua dari kita yang sehaluan fahamannya sedekahkan senyum walaupun tak kenal sesama kita. :) Saya dapat lihat senyuman ikhlas bila kami bertentangmata walaupun sekadar 2 saat. Tapi itu sudah cukup. Kita bersatu. Abang long tak habis-habis senyum, jerit Allahuakbar! PAS menang, meriah-meriah! Kami buka tingkap sebab anak-anak nak pegang buluh bendera dari tingkap. Kadang-kadang diorang mengeluh lenguh tangan tahan angin bendera berkibar, tapi bila saya minta ganti pegang mereka kata takpe, boleh tahan lagi. Padahal dah tegang urat pegang buluh. Abanglong pun lenguh lengan tekan hon dan buat thumbs up. Tapi semangat punya pasal, lenguh pun lenguh la. Bukan selalu dapat macam ni. Mula-mula abang long kata dekat Jitra nanti kita cabut balik bendera dekat kereta, nanti orang yang kenal nampak, jenuh. Biasalah, penjawat kerajaan. Tapi bila dekat kota sarang semut yang kaw-kaw tadi, semangat sampai esok tidur malam pun tak cabut bendera. haha

Apa yang saya fikir sangat-sangat hebat PRU13 kali ini. Kita bersama. Percayalah. Jangan tertipu dengan sentimen perkauman yang mereka cuba gembar-gemburkan. Melayu dan Cina sudah bersatu. Mungkin bukan semua, tapi jika 20% pun itu sudah amat cukup. Sampai bila kita nak takut Melayu tergadai? Melayu sudah lama tergadai. Melayu hanya tinggal nama. Bahkan kita juga bukan 100% berketurunan melayu, kita juga kadang-kadang malu hendak pakai nama melayu. Jangan terlalu yakin dengan kemelayuan kita itu sebab ia tak bawa ke mana. Orang Melayu kena terima yang di Malaysia kita juga ada kaum lain. Bagaimanapun kita cuba tegakkan kemelayuan kita, kita kena sedar Cina, India dan lain-lain juga adalah rakyat Msia. Bukan salah mereka dilahirkan dalam bangsa sedemikian. Cuba bayangkan kalau kita ini orang Cina, adilkah semua ini? Macam mana pun risaukan melayu, cuba tegakkan melayu, kita masih ada warna-warna lain diseliling. Ini tidak dapat kita ubah, kita tak boleh hantar mereka ke negara asal masing-masing. Mustahil. Melayu kena sedar tanpa bangsa-bangsa lain ini kita tak akan berjaya. Kita lihat negeri-negeri maju di Msia seperti Perak, Kl, Selangor, Penang semuanya ramai orang cina. mereka ini yang majukan negeri kita, melayu cuma tiru. Mungkin ada yang tak setuju, tapi jangan pura-pura tak mengaku, rakyat negeri-negeri lain pun lari dari negeri sendiri sebab nak cari kerja kat negeri-negeri yang ekonominya orang cina pegang. So, takpayah nak hipokrit sangatlah. Ok, andai kata semua melayu bersatu dan sokong BN/PAS, orang cina bersatu dan sokong MCA/DAP (jika semua parti-parti ini tidak bergabung). Kalaulah semua bersatu ikut bangsa masing-masing. Apa jadi? Nak bahagi Malaysia ni pada 3bahagian? Satu pertiga orang melayu, satu pertiga orang cina, satu pertiga orang india. Macam tu? Takkk. Kita semua duduk atas satu tanah yang sama. Betapa kuat pun Melayu kita, kita kena ingat kita bukan satu-satunya bangsa yang ada di negara ni. Kita saling memerlukan. Sampai bila kita nak tolak bangsa lain? Kita selalu laung-laungkan jangan bersikap rasict. Tapi percaya atau tidak racist tu ada dalam diri setiap orang sebab kita pandang luaran, warna kulit, mata sepet, hidung kemek. Saya sendiri kadang-kala ada sifat rasict. Cuma kita kena ingat melayu sendiri ada yang lahanat, ada yang baik. Cina pun mesti ada yang lahanat ada yang baik. Konsepnya sama sahaja. Jadi takperlulah kita judge seorang dari bangsa cina tu sampai seluruh kaum cina kita laknat. Hormatilah mereka. Jangan kita mengharap orang cina yang kena hulur salam dulu kat kita. Kita sendiri sebagai orang islam kena mulakan dulu. Kita orang Islam, ada nabi ajar kita macam mana nak layan kaum lain. Hah. Bagi diorang terharu dengan kebaikan orang melayu, baru kita dihormati mereka. Sekarang, sikit demi sedikit nampak dah perpaduan tu. Perpaduan tu bukan hasil dari 1 Malaysia tu okey. Jangan nak berkira sangat lah. Otak jenis apa ntah taknak bukak langsung pemikiran. Kita sama-sama bermuafakat je, bukan sampai nak pergi join makan babi, bakar colok segala tu.

Saya tak mahu ulas pasal keputusan PRU13. Sebab ia satu topik yang sangat menyedihkan. Saya tak mahu tulis tentang itu. Kalau boleh saya tulis ini sempena mengingati kegembiraan-kegembiraan pada PRU13 sahaja supaya 5tahun lagi saya boleh baca dan buat banding beza. 

Jika kita perjuangkan atas nama Islam, semua bangsa boleh jadi Islam. Jika islam memerintah, orang cina india akan nampak indahnya islam. Objektif kita mula bertukar dari bangsa --ke -- agama. Itu lebih tepat dan padat kan? 

~sekian coretan dari rakyat Malaysia yang tidak mengundi. huhu..malu dengan bangla.



No comments: