Sunday, June 30, 2013

Terima kasih semua.

Weekend yang lepas ni balik rumah along.
Haish..cepat betul masa jalan.
Jumaat-Ahad. Sekejap sangat berlalu. Taktau nak cakap apa.
MasyaAllah? Astaghfirullahalazim? Subhanallah? Entahlah.
Kagum dengan kekuasaan Allah menggerakkan 24 jam sehari.
Resah pun ada sebab masa berlalu terlalu pantas.
Rasa macam baru je lepas main-main dengan budak kecik Adha&Amzar tu. 
Hmm. *sengih sekejap.

Balik rumah along. Pack sangat. Penat. 
Macam-macam yang jadi dalam masa yang singkat tu.
Jumpa dengan macam-macam orang yang tak sangka.
Macam-macam urusan yang dah selesai.
Tapi. Happy sangat. 

Entahlah.
Kali ni rasa something yang lain.
Rasa macam sederhananya keluarga along ni.
Biasa-biasa saja mereka ni.

Tapi.
Sederhananya tu nampak cukup dan gembira sahaja.
Semua terima diri masing-masing seadanya, dan cuba memperbaiki diri masing-masing.
Dari yang paling kecil sampai yang paling tua.
Masing-masing mainkan peranan.
Dan aku pun rasa aku sebahagian daripada ahli keluarga kecil Along dan Abg Long tu.

Tak tahulah apa yang boleh aku balas sebagai tanda mengenang jasa mereka sepangjang 5 tahun setengah aku di utara semenanjung ni.
Hanya Allah yang dapat membalasnya.
"Terima kasih semua" ucapan yang sentiasa aku ungkap ketika bergerak pulang dari rumah kecil mereka.
Walaupun mereka anggap itu tak perlu, maklumlah darah daging sendiri.
Biarlah.
Aku tetap ingin ucap. Terima kasih semua. 

Friday, June 28, 2013

Misi Unfriend gagal

Misi meng-unfriend kenalan di facebook gagal. =.="
Kenapa la dulu aku main approve je kalau ada request.
Bila tersedar rasa macam tak selamat je facebook tu,
takut friendlist tu ada yang hackers ke, account palsu ke, takut la pulak.
So ambik kesempatan online kat rumah along yang internet laju berdezup ni.
Tapi dah 3 jam. Tak habis-habis lagi.. =.="
ayyyooo..penatla. 
Menyesal kawan ramai sangat.
Macam ni artis. Fuhh


Quote di FB hari ini

Kalau Allah tak sayang kita dah lama Dia ambil nyawa kita waktu kita tengah syok buat dosa.
Tapi sebab Dia sayanglah Dia bagi kita masa untuk bertaubat.
Manusia yang hidup tanpa kasih sayang Allah Taala adalah orang yang paling rugi di muka bumi ini.


Wednesday, June 26, 2013

Bertuahnya aku. Untungnya aku!

Bila aku lihat sekeliling, mendengar kisah hidup orang lain, berkongsi perit beberapa orang yang aku kenali... Baru aku sedar. Bertuahnya aku. Sayangnya Allah pada aku. Beruntung sungguh hidup aku jika hendak dibandingkan dengan mereka. Allah..syukur. Syukur yang tak terhingga.

Biarpun aku tak dapat semua yang aku nak,
tapi aku tahu aku sentiasa dapat apa yang aku perlukan. 
Terima kasih.


Sunday, June 23, 2013

Yes yes. HEEEEE

Mood aku sangatttt baik semalam.
Aku senyum dari mula jaga hingga lelap kembali.
Entahlah. 
Mungkin sebelum aku jaga aku bermimpi wajah-wajah yang aku sayang.
Semasa aku jaga aku berjumpa dengan orang-orang yang aku sayang.
Dan sebelum lelap aku mengingati mereka yang aku sayang.

Oh lupa.
Sepanjang aku keluar semalam, ramai betul yang sedekahkan senyuman pada aku.
Tua, muda, lelaki, perempuan, miskin, kaya. Semua senyum pada aku.
Tak pasti senyum itu niatnya cuba memancing aku dengan nakal atau apa saja.
Tapi lantaklah korang, aku tetap cuba balas sedekah itu.

Hmm, betul la orang kata. Kalau dari permulaan hari kita positif, maka sepanjang hari segalanya akan sentiasa positif. Love ya... :)

Saturday, June 22, 2013

Weirdo?

Aku ada satu habit. Aku sendiri tak pasti habit tu baik atau pun tak. Tapi..
Kalau aku suka suara satu-satu pelakon tu, dalam english movie. Selalunya artis lelaki.
Bila aku dah puas tengok cerita tu, aku akan pasang movie tu part yang aku suka, lepas tu aku minimize.
Aku buat la kerja lain, sambil tu aku dengar dialog suara yang aku suka tu. Itu je.
Haha. Pelik kan?

Friday, June 21, 2013

Kecewa toi

Sebagai tanda menghargai awal semester.
Yakni di saat masih tiada assignment, praktikum, berjimba dengan duit elaun dan amali masakan.
Makanya aku.
Meneruskan ketagihanku, keghairahanku dan kecenderunganku...
menonton Movie. Ya, movie.

Bermula 19 Julai 2013 lepas, aku mula tonton American Mary, Writchwreck, The Illusionist, Pingu, Brave, Runaway Cop, Rise of the Guardian, dan terbaru 15 minit lepas, Oz The Great and The Powerful. 
Jujurnya aku terlepas Oz: ini di wayang. Kerana ditontonkan pada musim peperiksaan. Sayu bangat hati aku.
James Franco kot! James Franco woi! Jadi aku terus mencari dan mencari movie ini dalam HD supaya aku mendapat kepuasan maksimum dalam melihat buah hati aku ini beraksi.
Review mengatakan cerita ini hampeh. 3 bintang. Tapi aku tetap berdegil. James Franco kot! Cintaku yang mendalam pada James Franco membuatkan aku buta dan tak mahu mendengar kata-kata orang.
Akhirnya, aku kecewa tadi. Hingga aku tertidur ketika menonton cerita itu pada minit yang 45.
Aku kecewa dengan kau James Franco. Cerita yang dibintangimu itu macam tahi. Dan membazir masaku. zzz..