Sekarang ni, roomate aku pun dah mula layan Running Man.
Aku?
Masih dengan english movie, bollywood, kadang-kadang tv show. Jauh ketinggalan.
Hero-hero drama Malaya sekarang pun aku tak tau. Orang sembang pasal drama aku blur.
Jauh ketinggalan di era 80-an.
Kadang-kadang aku rasa aku punya citarasa yang lain dari yang lain.
Contohnya, aku tak mudah terikut-ikut dengan fesyen yang bagi aku, aku tak berminat.
Aku juga tak akan berpura-pura aku suka satu-satu lagu hanya sebab ramai yang nyanyi bila ia keluar di corong radio.
K-pop contohnya. Bukan semua orang dilahirkan minat k-pop.
Ada yang diasuh. Terikut-ikut dengan orang keliling.
Aku fikir, aku tak mudah ikut orang sekliling. Aku senang dengan cara dan pilihan sendiri.
Tapi kadang-kadang aku terfikir.
Betul ke aku ni tak mudah terikut? Aku punya stail sendiri? Yakin?
Pertama: Mungkin aku cuma ego. Taknak sama dengan orang.
Kedua: Mungkin aku prejudis pada lelaki yang tak ada sehelai kumis pun di muka. Sampai aku jijik melihat lelaki korea.
Ketiga: Aku sendiri cuba lari dan elakkan diri daripada terlibat dalam kancah k-pop. Aku yang melarikan diri. Taknak langsung sedut walau satu pun klip lagu korea mahupun langsung tak menoleh bila ada yang buka episod Running Man.
Benda macam ini aku nak jelaskan. Kalau benar aku ada ketiga-tiga ciri ini, memang sampai mati aku akan benci k-pop. Sebab bila hati dan minda dah mula tolak sesuatu perkara tu, buatlah ikut jalan mana pun. Takde pintu nak masuk.
Tapi kalau aku cuma ada stail sendiri dan tak mudah terikut-ikut dengan orang sekeliling, maka aku rasa akulah heroin Tanah Melayu pada abad ini. Sekian.
Thursday, June 20, 2013
Behind blue eyes
Balik rumah haritu. Mak tegur.
"Mata putih adik dah kuning ea?"
"haah. Start form 4, masa mula rabun tu jadi kuning sungguh. Sampai abah pun tegur masa tu. Aya ingat lagi."
"Kamu dulu kecik-kecik, mata biru-biru."
"Yeke mak?"
"Haah, kamu sorang je dari lapan beradik. Mata putih tu macam kebiru-biruan la orang kata. Pak cik Jalani (jiran) pun tegur mata elok bersih warna biru. Tapi bila umur dalam setahun dua tahun macam tu jadi putih macam biasa balik."
"Oo yeke. Tak tau pulak yang tu. Yang aya tau, aya sorang je anak mata warna hitam betul, yang lain ada jugak macam coklat-coklat kalau suluh lampu."
"Hm, mak tak perasan pulak yang tu."
"Betul mak..nanti mak try tengok."
Hm. Conclusion nya. Kalau orang yang kita sayang, tak ingat atau tak tahu sesuatu yang penting pasal diri kita, janganlah cepat kecik hati. Sebab kita tak tahu yang rupanya orang tu masih ingat perkara-perkara pasal diri kita tak kira kecil atau besarnya benda tu. I love u mak.
Ok lepas ni nak topup, nak call mak. :)

Wednesday, June 19, 2013
sweet 22
Lol. Guano leh cirit dale selua, umo dah 22 taon.
Berak nanang nih. :P ~feel great after cirit.
Berak nanang nih. :P ~feel great after cirit.
Monday, June 17, 2013
Please go. I ask you nicely right?
Apa yang aku PALING benci bila balik kampus. Aku jadi teringat-ingat cerita silam. Senang je nak terkenang. Kalau duduk rumah mungkin sebab sibuk. Banyak berseronok je, jarang duduk sorang-sorang. So takde masa pun nak termenung. Kat sini. phuuii! Benci. Please go dear memory. Go away.
Jackass
Dear Jackass.
Korang tak layak digelar ikon.
Tapi korang memang gempak!
Love u Jackass. jyeah!
Korang tak layak digelar ikon.
Tapi korang memang gempak!
Love u Jackass. jyeah!
Sunday, June 16, 2013
Hmm..
Semester baru ni. Memanglah aku ada pasang niat nak beli itu ini, nak pergi sana-sini. Nak belajar sungguh-sungguh, nak rajin mengaji. Macam-macam yang aku nak untuk akan datang ni.
Tapi malas nak lebih-lebih. Malas nak merancang bagai nak rak. Last sekali tak dapat, frust. Sendiri yang merana. Aku rasa cukuplah simpan keinginan semua dalam hati aku ni diam-diam, buat yang terbaik untuk akan datang, dan bersyukur dengan apa sahaja yang aku terima. Begitulah hendaknya. Smile.

What?
Dulu kalau dengar kawan-kawan bertunang, kahwin.
Sikit pun tak kisah. Takda perasaan apa-apa.
Sekarang ni kalau dengar kawan-kawan bertunang, kahwin.
Rasa sedih. Malu pun ada. Cemburu. Kesian. Tumpang gembira. Semua bercampur aduk.
Tak taulah kenapa. Eh tak! Aku tau sebab apa sebenarnya yang aku sampai rasa macam tu.
Sebab aku mengharapkan aku akan jadi macam diorang.
Walaupun dulu aku tak pernah mahu berada di tempat diorang.
What the hell~

Subscribe to:
Posts (Atom)